Skip to content

Takwim Unit SPBT 2012

Download: TAKWIM SPBT 2012

Surat Penahanan Buku Teks

Download: SURAT MAKLUMAN PENAHANAN BUKU TEKS

PENAHANAN PEMBERIAN BUKU TEKS

 

Saya dengan ini diarah untuk memaklumkan bahawa anak jagaan *tuan/puan

_________________________ dari tingkatan _______________ adalah ditahan daripada diberikan pinjaman buku teks pada tahun ini (2009) disebabkan kegagalan mengembalikan buku teks pinjaman pada tahun 2008 .

 

2.         Mengikut Bahagian Buku Teks Jabatan Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, buku teks yang hilang/rosak hendaklah digantikan dengan nilai sebenar buku teks tersebut.

 

3.         Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada pihak sekolah dengan berhubung terus dengan guru penyelaras Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Garam.

 

Sekian. Terima kasih.

Borang Daftar Gantian Semula Buku Teks Hilang

Download: DAFTAR GANTIAN BAYARAN BALIK SPBT 2009

Surat Aku Janji Penjagaan Buku Teks

Download: Surat akujanji SPBT 2011

PERATURAN PINJAMAN BUKU SPBT

 

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pelajar yang telah memenuhi syarat-syarat yang ditentukan oleh Biro SPBT Kementerian PendidikanMalaysiaadalah dipertimbangkan bagi pemberian buku teks.

 

2.            Walaubagaimanapun, pemberian buku teks ini tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

i) Menulis nama di ruang yang disediakan pada setiap buku.
ii) Membalut buku dengan pembalut plastik
iii) Tidak meninggalkan buku di merata-rata tempat dan di bilik darjah sewaktu lepas sekolah atau cuti persekolahan.
iv) Membawa buku ke sekolah sewaktu mata pelajaran berkenaan dijalankan .
v) Tidak memberi pinjam kepada pelajar lain.
vi) Memastikan buku sentiasa berada di dalam keadaan baik dan selamat.
vii) Mengganti balik buku-buku yang hilang.
viii) Menghantar buku tepat pada tarikh yang ditetapkan.
ix) Lain-lain yang ditetapkan kemudian.

 

3.         Dimaklumkan juga bahawa mana-mana  pelajar yang tidak membalut buku teks dan     meninggalkan buku teks mereka di dalam meja/ laci, pihak sekolah berhak untuk merampas dan mengambil tindakan. Pelajar yang berkenaan akan diambil tindakan seperti berikut.

 

(i)        Pelajar diberi amaran.

(ii)       Pelajar dikehendaki membayar denda RM 1.00  ( Satu Ringgit sahaja ) untuk setiap buku teks yang dirampas.

(iii)      Sekiranya pelajar tidak menuntut buku-buku tersebut, pada akhir tahun nanti pelajar dikehendaki membayar harga bagi setiap buku yang dirampas.

 

4.        Peraturan ini berkuatkuasa pada 05 Januari 2009.

Sekian, terima kasih.

 

“ BERSAMA MEMARTABATKAN BUKU ”

Borang Kewangan 300v

download : borang pelupusan buku teks

Pelupusan Buku Teks Tahun 2011

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada ahli-ahli kelab SPBT 2011 yang telah menjayakan proses pelupusan buku teks dengan jayanya. Tidak lupa juga buat pelajar-pelajar bukan ahli kelab SPBT yang telah banyak membantu semasa mengangkat buku dari stor ke bahagian belakang bengkel Kemahiran Hidup.

Pelupusan SMK Bukit Garam

Pelajar 5 Matahari sedang ber'posing' bersama buku sebelum dilupuskan.

Proses semasa pelupusan buku teks melalui pembakaran terkawal.

Selepas.......

Organisasi SPBT 2011

Borang G

Memandangkan penggunaan Perisian SISTEKS masih belum dilaksanakan, sekolah kami masih lagi menggunakan kaedah manual untuk menjejak buku-buku teks yang ada di tangan murid.

Download : BORANG G 2011

Contoh Borang G 5 Anggerik 2011

Stok Buku

Setakat ini cuma stok buku teks Tingkatan 4 dan 5 sahaja baru diupdate. Tingkatan 3,2,1 akan datang.

Di sini juga disertakan stok buku teks dalam bentuk MS Excel,

STOK BUKU TEKS SMKBG 2011

Borang Pindah Buku

surat perpindahan murid & buku teks

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.